Gambar hiasan
Equine Fun Run 2.0, 24.10.26Larian 5KM & 2KM di Terengganu Equestrian Resort
Sabtu, flag off 7:00 pagi. Terbuka untuk umur 1 tahun ke atas. Medal ladam kuda untuk setiap peserta yang tamat.
Pendaftaran tutup 15 Oktober atau bila kuota penuh. 8 hari lagi. Pendaftaran telah ditutup. Jumpa di garisan mula pada 24 Oktober.
Pilih larian anda
Dua jarak, dua jenis cabaran podium. Harga ikut potongan baju; semua saiz sama harga. Klik mana-mana harga untuk terus ke borang.
terbuka & veteran
Untuk pelari yang mahu mencabar diri dan bersaing. Podium dibuka untuk umur 10 tahun ke atas. Jersi biru-ungu.
Harga RNSSLeher bulat, lengan pendekRM55 RNLSLeher bulat, lengan panjangRM60 MuslimahLabuh, lengan panjangRM65 Kategori podium 5KM- Terbuka lelaki / perempuan10–44 tahun · Top 3 setiap satu
- Veteran lelaki / perempuan45 tahun ke atas · Johan setiap satu
& larian santai OKU
Untuk seisi keluarga, kanak-kanak dan peserta OKU. Larian santai, tetap ada podium sendiri. Jersi merah.
Harga RNSSLeher bulat, lengan pendekRM45 RNLSLeher bulat, lengan panjangRM49 MuslimahLabuh, lengan panjangRM53 Kategori podium 2KM- Duo & Trio keluarga2 atau 3 ahli · 1 pasukan pemenang
- Solo kanak-kanak9 tahun ke bawah · 1 pemenang
- Larian santai OKU2 kategori · 1 pemenang setiap satu
Setiap pakej termasuk jersi rasmi, bib, medal (di garisan penamat), e-sijil melalui emel dan satu penyertaan cabutan bertuah. Bayaran melalui FPX atau DuitNow QR; caj perkhidmatan pembayaran, jika ada, dipaparkan sebelum anda membayar. Butiran penuh kategori di bahagian Cabaran podium.
Kit perlumbaan
Satu pendaftaran, satu pakej penuh. Semua kit diambil sendiri, tiada penghantaran melalui pos.

- 1Jersi rasmi5KM biru-ungu, 2KM merah · saiz dewasa & kanak-kanak
- 2Medal penamatLadam kuda, diserah di garisan penamat
- 3Bib & e-sijilE-sijil Finisher dihantar ke emel
- 4Tiket cabutan bertuahPeluang menang tiket umrah & 7 hadiah lain
Jersi rasmi
Motif kuda di depan dan perkataan “Finisher” di belakang. Warna ikut jarak: 5KM biru-ungu, 2KM merah. Pilih potongan yang paling selesa untuk anda.
5KM · RNSS · biru-unguRNSS
Leher bulat, lengan pendek. Potongan klasik baju larian.
- Saiz dewasa XS hingga 7XL dan kanak-kanak 22 hingga 34, semua sama harga
- Warna ikut jarak: 5KM biru-ungu, 2KM merah
- Ambil bersama kit pada Jumaat 23 Okt
Lengan pendek, biru-ungu (5KM)
Carta saiz
Lengan pendek & lengan panjang · ukuran dalam inci
| Saiz | Bahu | Dada | Labuh | Lengan pendek | Lengan panjang |
|---|---|---|---|---|---|
| XS | 15 | 36 | 26 | 7 | 21 |
| S | 16 | 38 | 27 | 7.5 | 21 |
| M | 17 | 40 | 28 | 7.5 | 22 |
| L | 18 | 42 | 29 | 8 | 23 |
| XL | 19 | 44 | 30 | 8.5 | 23 |
| 2XL | 20 | 46 | 31 | 9 | 24 |
| 3XL | 21 | 48 | 32 | 10 | 24 |
| 4XL | 22 | 50 | 33 | 10 | 24 |
| 5XL | 23 | 52 | 34 | 10.5 | 24 |
| 6XL | 24 | 54 | 34 | 11 | 25 |
| 7XL | 25 | 56 | 34 | 11 | 25.5 |
| Saiz | Umur | Bahu | Dada | Labuh | Lengan pendek | Lengan panjang |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 22 | 1–2 | 10 | 22 | 16.5 | 5 | 16 |
| 24 | 3–4 | 11 | 24 | 17.5 | 5.25 | 16.5 |
| 26 | 5–6 | 12 | 26 | 18 | 5.75 | 17 |
| 28 | 7–8 | 12.5 | 28 | 19 | 6 | 17.5 |
| 30 | 9–10 | 13 | 30 | 20.5 | 6.25 | 18 |
| 32 | 11–12 | 14 | 32 | 22 | 7 | 18.5 |
| 34 | 13–14 | 15 | 34 | 23 | 7.5 | 19 |
Saiz kanak-kanak untuk potongan RNSS dan RNLS. Tip: bandingkan ukuran dada dengan jersi yang anda selalu pakai.
Jadual perlumbaan
- TUTUP15 OKT
Pendaftaran ditutup, atau lebih awal jika kuota penuh
- KIT23 OKT
Ambil kit sendiri, 11 pagi hingga 9 malam
- FLAG OFF7:00 PG
Sabtu 24 Okt, Terengganu Equestrian Resort
- PENAMATMEDAL
Medal ladam kuda, kemudian cabutan bertuah
Laluan
Mula dan tamat di tempat yang sama, dalam kawasan Terengganu Equestrian Resort dan jalan sekitarnya.



1 tiket umrah
Hadiah utama untuk seorang pemenang bertuah. Bagi pemenang bukan Islam, hadiah ini diganti dengan pakej pelancongan yang setara nilainya. Tertakluk pada terma dan syarat.
- Tiket ke Medan
- Syiling emas
- Basikal jalan raya
- Basikal gunung
- Jam larian Garmin
- Headphone Shokz
- Kasut larian
Cabaran podium
Podium Fun Run ialah penghargaan kepada peserta terawal yang menamatkan larian mengikut kategori. Ia bukan khusus untuk pelari profesional atau separa profesional, tetapi terbuka kepada semua yang ingin mencabar diri dalam suasana santai dan menyeronokkan.
Podium 5KM Umur pada tarikh larian
| Kategori | Johan | Naib johan | Ketiga |
|---|---|---|---|
| Terbuka lelaki10–44 tahun · top 3 lelaki | RM250 | RM150 | RM100 |
| Terbuka perempuan10–44 tahun · top 3 perempuan | RM250 | RM150 | RM100 |
| Veteran lelaki45 tahun ke atas · 1 pemenang | RM200 | — | — |
| Veteran perempuan45 tahun ke atas · 1 pemenang | RM200 | — | — |
Podium 2KM Keluarga & OKU
Keluarga & kanak-kanak
- Duo keluarga2 ahli keluarga1 pasukan pemenang
- Trio keluarga3 ahli keluarga1 pasukan pemenang
- Solo kanak-kanak9 tahun ke bawah1 peserta pemenang
- Kategori tidak diasingkan mengikut jantina.
- Semua ahli Duo dan Trio mesti bermula serta menamatkan larian bersama.
- Kedudukan pasukan ditentukan berdasarkan ahli terakhir melintasi garisan penamat.
Larian santai OKU
- OKU fizikal & mobilitiBatasan ketara dalam pergerakan, termasuk pengguna alat bantuan atau kerusi roda1 peserta pemenang
- OKU pembelajaran & intelektualKetidakupayaan pembelajaran atau intelektual1 peserta pemenang
- Peserta mesti mempunyai Kad OKU JKM yang sah.
- Pengiring atau pelari pandu dibenarkan jika diperlukan, dan tidak dikira sebagai peserta pertandingan.
- Kategori kerusi roda tertakluk pada kesesuaian dan keselamatan laluan.
- Kelayakan tertakluk pada semakan serta keputusan penganjur.
Rakan kolaborasi
Daftar sekarang
Satu borang untuk seluruh keluarga, dalam 3 langkah. Bayar melalui FPX atau DuitNow QR. Masalah? WhatsApp 019-309 4490.
Memuatkan borang…
Terma dan syarat
Dengan mendaftar, anda bersetuju dengan terma di bawah.
Kelayakan peserta
- Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara.
- Peserta mesti berumur 1 tahun ke atas pada tarikh acara.
- Peserta bawah 18 tahun wajib mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Pendaftaran dan bayaran
- Pendaftaran sah selepas bayaran diterima sepenuhnya.
- Yuran penyertaan tidak dikembalikan setelah pendaftaran disahkan.
- Pendaftaran ditutup pada 15 Oktober 2026 atau apabila kuota penuh, mana yang lebih awal.
- Bayaran melalui FPX atau DuitNow QR di hujung borang pendaftaran. Caj perkhidmatan pembayaran, jika ada, dipaparkan sebelum anda membayar.
Kit larian
- Setiap peserta menerima baju rasmi, medal (selepas tamat larian), bib, penyertaan cabutan bertuah dan e-sijil melalui emel.
- Ambil kit: 23 Oktober 2026, 11:00 pagi hingga 9:00 malam. Lokasi akan dimaklumkan oleh penganjur.
- Semua kit diambil sendiri. Tiada penghantaran kit melalui pos.
Keselamatan dan kesihatan
- Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tahap kesihatan dan kecergasan diri.
- Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan atau kematian sepanjang acara.
- Peserta digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menyertai acara.
Peraturan larian
- Peserta wajib memakai bib rasmi sepanjang acara.
- Kenderaan bermotor dan basikal tidak dibenarkan di laluan larian.
- Penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta yang melanggar peraturan atau berkelakuan tidak sopan.
- Baca dan teliti maklumat pakej sebelum membeli, terutama jika anda mahu bersaing untuk hadiah podium.
Penangguhan atau pembatalan
- Penganjur berhak menangguhkan, membatalkan atau mengubah laluan atas sebab cuaca buruk, faktor keselamatan atau keadaan di luar kawalan.
- Tiada bayaran balik jika perkara di atas berlaku.
Imej, data dan pelepasan tuntutan
- Penganjur berhak menggunakan gambar dan video peserta untuk promosi tanpa notis terlebih dahulu.
- Maklumat peribadi peserta hanya digunakan untuk pengurusan acara.
- Dengan menyertai acara ini, peserta bersetuju melepaskan penganjur daripada sebarang tuntutan, kerugian atau liabiliti yang mungkin timbul.
E-sijil dan pertukaran maklumat
- Pastikan nama penuh dan nombor kad pengenalan dieja dengan betul semasa pendaftaran untuk e-sijil.
- Perubahan maklumat selepas acara dikenakan caj RM2 bagi setiap permintaan melalui sistem e-sijil.
- Baca semua maklumat yang disediakan, termasuk poster rasmi, sebelum bertanya.


